Perang Uhud

Assalamualaikum kawan-kawan :)

Today's topic : fakta-fakta menarik tentang perang uhud

     1) Peristiwa uhud adalah peristiwa paling sedih buat nabi kerana ramai orang yang nabi sayang terkorban.

     2) Jabal uhud adalah salah satu bukit yang berada di syurga.

     3) Rasulullah SAW pernah menaiki puncak Uhud bersama Sayyidina Abu Bakar RA, Sayyidina Usman bin Affan RA dan Sayyidina Umar al Faruq RA.

     4) Ramai tentera islam yang mati dibunuh kerana mereka lalai dengan harta yang ditinggalkan oleh tentera kafir.

     5) Dalam perang uhud, Mus'ab bin Umair adalah salah seorang pahlawan dan pembawa bendera perang. Nabi mengacungkan bendera setinggi-tingginya walaupun ketika itu adalah situasi yang paling kecoh kerana orang islam lupa perintah Rasulullah dan nabi bertakbir lalu maju menyerang musuh. Tiba-tiba datang seorang musuh bernama Ibnu Qamaiah dengan menunggang kuda lalu lalu memotong tangan Mus'ab higga putus. Maka Mus'ab memegang bendera dengan tangan kirinya sambil membungkuk. Musuh pun memotong tangan kirinya itu pula. Lalu orang berkuda itu menyerangnya tiga kali tombak dan menusuknya. Mus'ab pun gugur, dan bendera itu jatuh sebagai bintang dan mahkota para syuhada.

     6) Salah satu perang di masa Rasulullah adalah perang tabuk. Perang ini terjadi pada tahun ke-9 hijrah. Seorang sahabat yang bernama Ka'ab bin Malik tidak ikut serta kerana malangnya, Ka'ab ketinggalan rombongan. Ka'ab beranikan diri untuk berjumpa dengan nabi dan berkata, “Sejujurnya Nabi, tidak ada yang menghalangi saya untuk mengikuti perang. Saya rela mendapat hukuman atas kesalahan yang telah saya perbuat. Daripada saya mendapat murka Allah atas alasan-alasan yang saya perbuat, lebih baik saya mendapat hukuman darimu." Mendengar pengakuan itu, Nabi menerimanya. Beberapa hari kemudian, Nabi memerintahkan para sahabat untuk tidak mengajak bicara Ka’ab bin Malik dan dua sahabat lainnya itu sebagai bentuk hukuman. Tentu saja bagi mereka bertiga, hal itu terasa menyesakkan perasaan.

     7) Qatadah bin an-Nu'man adalah sahabat nabi Muhammad. Dalam pertempuran uhud, mata dia terluka hingga lepas dari rongga mata. Kemudian nabi mengembalikan bola mata Qatadah seperti sediakala dengan doa.

     8) Abu Bakar al-Siddiq ialah khalifah pertama orang muslim. Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat nabi Muhammad yang paling rapat sekali. Semasa nabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah tanpa ditemani oleh orang lain. Beliau juga merupakan salah seorang muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Masalah mula timbul apabila Saidina dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah.

     9) Hindun binti Ubah adalah seorang wanita arab. Dia adalah isteri kepada Abu Sufyan ibni Harb, seorang lelaki yang berkuasa di Mekah. Abu Sufyan dan Hindun terdahulunya menentang nabi Muhammad.Kebencian Hindun terhadap Islam mula bersarang di hatinya dari awal munculnya Rasulullah. Dan setelah terjadinya perang badar, kebenciannya bertambah kuat dengan adanya dendam yang membara di hatinya kepada pembunuh ayah, bapa saudara dan saudara lelakinya di perang itu. Hindun membuat perancangan untuk melunaskan dendamnya terhadap pembunuh orang-orang terdekatnya itu. Hindun serahkan tugas membunuh itu kepada seorang budak yang bernama Wahsyi yang ia janjikan kebebasan jika berjaya membunuh musuhnya. Dan apabila terbunuhnya pembunuh orang yang terdekat Hindun itu, ia mengambil jantungya untuk merasakan kepuasan.

Comments

Popular Posts